5 MATLAMAT KEWANGAN MENYELUSURI 2016 – SIRI 1

HIDUP BIAR BERMATLAMAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seminggu berlalu dalam bulan pertama tahun 2016.
Ada apa-apa perubahan tak? Dalam aspek kewangan
terutamanya? Ekonomi bagaimana?

5 MATLAMAT KEWANGAN MENYELUSURI 2016 – SIRI 1

Setelah lama tak kongsikan nota kewangan, saya terpanggil untuk menulis.
Sempena mengambil kesempatan di awal tahun baru ini saya mulai dengan matlamat kewangan menyelesuri 2016.

Sebelum tu saya nak share satu statement dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mengenai tahun 2016 yang mega mencabar.

“20,000 lost their jobs in 2016, worse to come in 2016”

10616899_1502146336756697_608045313_n

Tahun 2015 ramai yang terlibat VSS. Ada yang bisnes lingkup dan tersontot skim tertentu. Dan tahun 2016 akan buat ramai orang pasang angan-angan. Ramai perlukan income tambahan, mula berniaga, mula take action dan mulai bangkit. Ini sebab mereka dah mula menggelabah, tertekan dengan ekonomi, terjumpa big why mereka dan ingin berubah. Mereka inilah lebih cepat berjaya kerana pernah gagal dan jatuh. Tapi ada juga yang statik tak bergerak. Yang tak bertindak akan terlepas keretapi.

Untuk sukses atau sekurangnya stabil dalam kewangan, kita harus menetapkan dahulu matlamat kewangan. Menurut sifu bisnes saya, Tuan Faisal Abdullah, nak kaya perlu ada dua senjata. Pertama, Mindset (matlamat) Nak Kaya; dan Kedua, Strategi Nak Kaya. Kena ada matlamat dulu, kemudian susun strategi anda.

Matlamat ni penting kerana ianya merupakan satu perkara atau objektif yang anda ingin capai apabila melaksanakan sebarang perancangan.Tanpa matlamat, anda seperti bahtera yang terumbang-ambing di lautan tanpa arah tujuan.

“Ditiup angin ke timur, bergeraklah ia ke timur.
Ditiup angin ke barat, bergeraklah ia ke barat.”

Macam mana kita nak tahu yang yang kita dah sampai ke destinasi?

Anda sendiri pun tidak pasti, kerana tak ada matlamat (destinasi) tersebut.

Dah jauh sembang pasal matlamat ni… Saya berhenti di sini dulu untuk siri pertama ni. Inshaallah kita sambung siri nanti.

Semoga bermanfaat. Wasallam.

Dinor Sabudin
Usahawan Makan Gaji

About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.