ANTARA MASALAH USAHAWAN ADALAH FOKUS!

masalah usahawan

Pada 26 Mei 2018 yang lepas, saya telah turut hadir sebagai krew dan mentor dalam sesi Mastermind Iftar PUIM 2018, di Cyberjaya iaitu salah satu acara tahunan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) cuma kali ini konsepnya berbeza.


Sesi kali ini lebih berkonsepkan konsultasi masalah bisnes dan pembinaan networking dikalangan peserta. Dua perkataan sahaja untuk menggambarkan kejayaan acara kali ini iaitu meriah dan responsif.


Semasa sesi konsultasi dan soal-jawab bisnes, Tim Evo Bisnes mendapat majoriti peserta terutamanya usahawan baru mempunyai permasalahan yang sama. Menariknya, kebanyakan mereka tidak menyedarinya!


Masalah Apanya?


fokus


Ya. Fokus adalah merupakan satu masalah, penyakit dan penyebab kegagalan yang dihadapi oleh ramai usahawan seluruh dunia. Sememangnya untuk kekal fokus ketika fasa permulaan bisnes online ternyata agak sukar kerana dalam fasa ini usahawan online masih belum memperoleh ‘untung’ yang besar. Bahkan selalunya dalam fasa ini mereka lebih banyak habiskan wang untuk pemasaran dan mungkin juga menanggung kerugian.


Pengalaman


Ini pengalaman kami sendiri beberapa tahun yang lalu. Ramai juga dah buat benda yang sama. Belanjakan duit untuk beli software, tools, hadir seminar, belajar itu dan ini. Kadang-kadang semua ini tak kritikal pun untuk kelangsungan bisnes kita…


Masalah fokus ini secara umum boleh kita bahagikan kepada dua iaitu tidak fokus pada bisnes dan fokus pada perkara yang salah. Salah satu atau kedua-duanya mampu mengakibatkan sesuatu bisnes itu gagal atau tidak dapat berkembang.


masalah usahawan2


Tidak Fokus Pada Bisnes


Paling jelas adalah tidak fokus pada bisnes. Memang bisnes itu akan jatuh merudum. Contohnya kes berikut;


Azman telah hampir 3 bulan memulakan bisnes menjual kurta secara online di Facebook. Bisnesnya mula menjana sedikit jualan dan makin ramai yang mula kenal. Kemudian sahabatnya, Nasrul yang baru hit jualan RM5,000 sebulan menjual produk kurus menawarkan peluang bisnes produk kurus. Azman tertarik dengan tawaran tersebut dan memulakan bisnes baru. Dia meninggalkan bisnes kurtanya.


Ini menjadikan bisnesnya yang semakin berkembang terhenti di tengah jalan dan terpaksa memulakan bisnes baru dari zero. Jika Azman terus-menerus ‘melompat’ bisnes, maka usahanya membangunkan bisnes tidak akan pernah berkembang.


Fokus Pada Perkara Yang Salah


Ini juga agak bahaya kerana ramai yang lakukannya dalam keadaan tidak sedar. Tapi mereka percaya mereka sedang buat benda yang betul. Contohnya seorang usahawan yang belajar teknik pemasaran FB Ads. Kemudian bersambung lagi dengan belajar teknik-teknik FB Ads yang lebih mendalam dan agak teknikal. Hadir seminar, kelas advance, beli DVD, personal coaching dan pelbagai lagi untuk mengukuhkan ilmu FB Adsnya.


Namun apa masalah sebenarnya adalah mungkin asas fundamental bisnes yang masih belum betul atau masalah dalam closing sales. Jika terlalu asyik dengan belajar FB Ads yang dirasakan sebagai masalah utamanya, masalah sebenar masih belum-belum selesai.


Kesimpulan


Oleh yang demikian, jika kita sudah memulakan suatu bisnes itu sebaiknya kita berusaha sedaya mungkin untuk tetap kekal fokus pada bisnes yang diusahakan itu. Adakalanya, kita mungkin perlukan pandangan orang yang kedua atau konsultansi bisnes. Kenalpasti masalah yang paling utama dan selesaikannya demi kelangsungan bisnes anda.

About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.

1 comment
Click here to add a comment