BILA DUIT GAJI SELALU TAK CUKUP…

Hmm… Duit Gaji Selalu Tak Cukup?

Menurut satu kajian, masalah kewangan adalah faktor paling utama yang menyebabkan stress dan sering mengganggu fikiran. Ada kalanya masalah ni bermusim. Paling padah kalau tiap-tiap bulan tak cukup wang. Kesudahannya, sampai berhutang demi keperluan hidup. Ada yang gali lubang tutup lubang. Akhirnya terjerat dengan masalah hutang keliling pinggang.

KEBERKATAN

Sebenarnya banyak aspek lain yang perlu diambil kira. Jika rezeki berkat, sedikit pun cukup kan.

Rezeki yang berkat, sedikitnya cukup. Banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus.

Sebaiknya kita muhasabah diri, bedah amalam dan kewangan kita. Di sini dikongsikan sedikit 5 Perkara Yang Mungkin Menghalang Keberkatan Rezeki kita:

1. Berkira-kira
Mungkin sifat kedekut atau sangat berkira-kira dengan ibubapa, keluarga, isteri dan anak-anak. Kata Ulama, adakah kita sudah cukup berbakti kepada orang tua? Inilah antara asbab Allah menyempitkan rezeki kita. Begitu juga dengan keluarga, adakah kita membahagiakan mereka. Janganlah terlalu lokek kerana Allah pasti akan gantikan dengan rezeki yang tak disangka-sangka.

2. Sikap/Attitude
Faktor yang paling sukar nak diubah adalah sikap atau attitude. Sikap seperti malas menyimpan dan boros berbelanja sangat teruk padahnya. Tukar atau kawal mindset. Gaji bukanlah semata-mata untuk dibelanjakan. Jika boros berbelanja di masa gaji memanglah poket akan kering di tengah bulan. Terpaksa pula keluarkan simpanan atau meminjam untuk ‘sustain’ sehingga gaji berikutnya. Mindset yang betul, sikap yang positif akan menentukan tindakan yang wajar.

3. Celik Kewangan
Cari ilmu kewangan. Belajarlah uruskan wang secara berhemah. Jika dah sedar poket selalu kering di tengah bulan, carilah jalan dan perbaiki kewangan anda. Bukan hanya berserah hinggakan hutang membukit. Amalkan tabiat menyimpan walau sedikit kerana disiplin ini mendidik kita mengurus wang.

4. Merungut-rungut

Jangan suka mengeluh atau merungut-rungut saja tentang status ekonomi anda. Tingkatkanlan usaha dan berdoa agar keadaan anda berubah. Memang wang bukan segala-galanya, tetapi dunia hari ini segala-galanya perlukan wang.

5. Kurang Bersyukur dan Memberi
Ramai antara kita ni kurang bersyukur dengan apa yang kita miliki. Bersyukurlah bila mendapat yang banyak mahupun yang sedikit. Jangan lupa pula untuk memberi dan bersedekah. Bukan tunggu kaya baru nak memberi pula ya.

Sekian untuk kali ni ya. Jemput share kalau bermanfaat.

About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.

1 comment
Click here to add a comment