Buat Link WhatsApp? Senang Je…

androidpit-whatsapp-hero-16-w782

Saya Nak Tunjuk 3 Teknik Buat Link Whatsapp


Kemajuan teknologi yang laju menggila ni menguntungkan penjual dan pembeli. Urusniaga online juga jadi makin mudah, dan mampu disetkan menjadi automatik atau semi-auto. Namun di saat budaya pembeli luar negara berubah ke arah eCommerce dan automation ini, masyarakat Malaysia masih agak kebelakang. Mereka lebih suka Whatsapp!


Pernah dengar link whatsapp? Rasanya ramai yang dah tahu sekarang ni kita boleh bawak prospek ke Whatsapp melalui klik pada link URL. Semasa buat copywriting di FB, letak CTA link whatsapp atau beri saja link tu semasa chat di FB Messenger. Tapi masa saya dalam salah satu event di Kinrara Resort baru-baru ni, masih ada yang tak tahu nak buat.


Kenapa ramai yang suka?


Kalau dulu, nak mula whatsapp perlu ikut beberapa langkah. Sebelum kita nak memulakan chat dengan seseorang, pertama sekali kita kena save nombornya bukan? Kemudian sistem Whatsapp akan detect nombor tu dan barulah kita boleh mulakan chat.


Sekarang dah senang! Anda berikan saja link whatsapp anda dalam copywriting atau semasa chat di FB. Bila ada yang klik link itu, mereka akan terus connect dengan aplikasi Whatsapp kita. Perkara ni sangat memudahkan bagi penjual dan pembeli. Penjual juga akan dapat calon pembeli yang betul-betul berminat dan targeted.


Dapat gambarannya kan?


OK. Persoalannya Bagaimana Nak Buat Tu?


Baiklah, saya akan kongsikan dua kaedah ni.


Kaedah 1: Buat Link Whatsapp Direct.


Kita akan gunakan kod API dari aplikasi Whatsapp sendiri seperti berikut;


https://api.whatsapp.com/send?phone=60193887866


Jangan risau. Kopipes saja link di atas tu, cuma gantikan nombor telefon (warna merah) itu kepada nombor anda sendiri. Bagi nombor lokal, gunakan nombor awalan 6 menandakan Malaysia. Tak buat macam ni tak jadi ya.


Senang kan?


Sekarang dah boleh berikan link anda kepada prospek ya.

Nak lagi advance tak? Cuba ikut kaedah yang seterusnya…


Kaedah 2: Link Whatsapp + CTA.


Kita masih gunakan kod yang sama seperti tadi. Cuma kita akan tambah apa ayat CTA yang pengirim akan berikan. Cara ni sesuai jika anda nak trace dari mana leads whatsapp tersebut datang sama ada dari FB, IG, Blog, atau dari copywriting yang mana satu.


Caranya, kopipes link tadi dan tambahkan beberapa ayat seperti berikut;


https://api.whatsapp.com/send?phone=60193887866&text=%20Hai%20saya%20berminat%20nak%20order%20jamu%20ni!


Jangan pening dulu. Kopipes ayat atas tu dan pastikan anda tukar nombor telefon sendiri. Kemudian anda customize ayat yang berwarna merah tu kepada ayat anda sendiri. Untuk jarakkan perkataan dalam ayat anda tu, gunakan kod %20.


Nak yang lagi advance? Cara yang seterusnya ni lagi best…


Kaedah 3: Link Whatsapp + CTA + URL Pendek

Kita masih lagi menggunakan kod yang sama seperti tadi. Tapi ramai yang kurang gemar sebab link tu agak panjang, nampak pelik dan tak cantik. Baiklah, untuk sedapkan mata memandang kita boleh pendekkan link tersebut kepada yang lebih ringkas.


Gunakan sahaja URL Shortener yang ada dalam pasaran. Banyak yang percuma dan mesra pengguna. Antara yang popular adalah:


  • goo.gl
  • bit.ly

Nak contoh ke?

Baiklah, di bawah ni saya tunjuk bagaimana nak guna bit.ly langkah demi langkah. Siap bergambar lagi.

bitly


  1. Pergi ke laman bit.ly. Klik sini ya bit.ly atau bitly.com.

  1. Copy link Whatsapp tadi dan paste di ruang yang disediakan. Kemudian klik SHORTEN.

  1. Lihat link yang telah dipendekkan di bahagian bawah. Klik COPY.

  1. Saya galakkan anda daftar, percuma je. Anda boleh buat custom link dan analisis klik.

Link yang comel tu anda boleh sebarkan untuk menjana trafik masuk ke Whatsapp anda.


Baiklah, semoga dengan tutorial link Whatsapp ini dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca. Kalau rasa artikel ini dapat bantu rakan yang lain, silakan share ya. Semoga Allah memberkati usaha kita menyebarkan ilmu ni.


Selamat berwasap!



About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.

2 comments
Click here to add a comment