NAK BISNES MUSIM RAYA? LIHAT 7 IDEA NI DULU

bisnes musim raya

Pantas sungguh masa berlalu, kita bersua lagi dengan Ramadhan kali ini. Ini salah satu musim yang ditunggu-tunggu ramai orang iaitu MUSIM RAYA!


Sepertimana tahun-tahun sebelum ni, musim raya ni lah masanya nak cari duit lebih untuk menampung perbelanjaan semasa raya nanti. Nak beli baju raya, hiasan rumah, duit raya, minyak, tol dan sebagainya. Jadi makin ramailah yang nak bisnes musim raya ni.


Kali ni kami nak senaraikan 7 idea bisnes musim raya yang boleh di cuba. Tak perlu lah buat semua, buat satu pun kalau fokus dah syukur alhamdulillah.


1 – Bisnes PaRam.


Berjualanlah di bazar Ramadhan! Bazar Ramadhan memang sambutannya tinggi dan makin bertambah saban tahun seperti cendawan tumbuh. Paling best jika anda dapat berniaga di kawasan hotspot dan kadar yang dikenakan berbaloi. Anda tak perlukan diploma kulinari untuk berniaga pun. Ada sahabat saya untung lumayan cuma makan ‘percent’ sahaja menjual kuih-muih dari orang lain.


2 – Bisnes Pakaian.


Ini adalah benda wajib dicari musim raya. Bukan setakat kanak-kanak, mak bapak pun nak jugak bergaya dengan baju baru. Paling tidak pun sepasang baju melayu atau sehelai tudung kan? Pakaian ni pula banyak jenisnya dari kopiah hinggalah ke fesyen yang terbaru. Anda perlu peka dengan trend dan demand yang terkini, jangan outdated pulak ya.


3 – Bisnes Produk Kecantikan dan Kesihatan


Anda pasti nak kekal sihat sepanjang puasa dan nampak cantik masa beraya kan? Ini impian semua orang. Ada yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk nampak anggun dan cantik di hari raya. Iyalah, nak pergi beraya sana-sini jumpa sanak saudara dan rakau taulan nek kena berhias ye tak?


4 – Bisnes Kuih Raya


Mesti pelik kalau beraya tanpa ada juadah kuih raya. Walaupun tetamu yang datang tak menjamahnya, raya macam tak lengkap kalau tak ada kuih raya yang dihidang di atas meja kan? Memang ramai yang boleh buat sendiri di rumah tapi masih ramai yang membeli kerana kekangan masa dan sebagainya. Kuih raya ‘tunjuk’ ni memang sambutannya tinggi tiap kali musim raya.


5 – Bisnes Jahitan


Ini rezeki kepada yang pandai menjahit. Ianya lubuk bisnes yang laku keras dan tukang jahitlah antara yang paling sibuk di musim raya. Walaupun banyak pakaian siap yang dijual di pasaraya dan bazar, masih ramai yang selesa dengan pakaian yang ditempah khas. Selain itu, upah menjahit langsir dan perhiasan rumah yang lain juga sambutannya agak tinggi.


6 – Bisnes Produk Islamik


Walaupun ia sentiasa berada di pasaran, musim raya ni permintaannya paling tinggi. Contohnya buku-buku agama, sejadah, telekung, minyak atar, kayu sugi dan sebagainya. Ini disebabkan umat Islam yang nak fokus beribadah sepanjang Ramadhan ni. Ada sahabat saya yang jualannya Quran Digitalnya melonjak ratusan unit di bulan Ramadhan dahaja.


7 – Bisnes Gift/Souvenir


Sama ada anda perasan atau tidak, bisnes ini juga makin mendapat sambutan. Ada yang memerlukan sampin, telekung, makanan yang dipakej rapi sebagai hadiah untuk yang tersayang. Malah ada yang mencari pek hadiah atau hamper raya untuk diberi semasa ziarah-menziarahi nanti.


Dah selesai baca 7 idea bisnes musim raya kan? Pilihlah mana satu yang sesuai untuk anda mulakan. Take action! Jangan asyik berangan tak sudah, buat sampai jadi ya.


Mohon kongsikan artikel ini supaya dapat membantu sahabat lain yang nak mula berniaga. Semoga bermanfaat.

About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.