Ketahui 7 Ciri-Ciri Usahawan Sukses

Ciri-ciri usahawan sukses? Bagi anda yang menceburi bidang keusahawanan, mungkin anda bermula disebabkan terinspirasi dengan usahawan-usahawan yang dah berjaya atau sememangnya anda memasang impian untuk menjadi usahawan. Setiap usahawan yang berjaya punyai jalan cerita mereka yang tersendiri dalam menempa kejayaan. Dan setiap mereka punyai ciri-ciri yang tersendiri.

Untuk membuatkan anda mendapat inspirasi, Tim BOSS akan senaraikan beberapa persamaan yang terdapat dikalangan usahawan berjaya ini. Berikut adalah 7 ciri-ciri usahawan sukses:


  1. Mereka Ada Passion.

Mereka ini benar-benar ada keinginan dan keghairahan tinggi untuk mengejar tujuan mereka dalam bisnes. Semangat ini timbul sama ada mereka suka apa yang mereka buat atau mereka punyai BIG WHY yang tinggi sebagai dorongan. Ini berbeza dengan mereka yang berkerja demi gaji yang mudah bosan dan berkerja penuh keterpaksaan.


  1. Mereka Berorientasi Pada Tujuan.

Mereka tidak kejar semua perkara yang pernah mereka impikan. Mereka hanya memilih tujuan yang sangat penting dan mengejarnya dengan sepenuh hati. Tidak seperti orang lain yang selalu mengejar itu dan ini. Benda yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Bila kita fokus dan konsisten dalam untuk mencapai sesuatu, selalunya akan lebih mudah dan cepat dapat.


  1. Mereka Faham Proses.

Mereka selalunya faham apa yang mereka buat dan apa hasil yang patut mereka dapat. Sesuatu kejayaan itu tidak hadir dalam masa yang singkat, ia perlukan masa. Yang penting segala proses difahami dan dipatuhi dengan sebaiknya.



  1. Mereka Tidak Cepat Puas Hati.

Mereka rajin dan tekun berkerja dan tidak cepat puas hati dengan hasil yang mereka perolehi. Mereka jarang menganggap sesuatu yang mereka lakukan sudah sempurna. Mereka akan terus lakukan penambahbaikan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.



  1. Mereka Berani.

Mereka punyai keberanian untuk mengambil risiko dan bersedia untuk menghadapi segala tentangan dan cabaran. Syarat utama, mereka harus berani keluar dari zon selesa dahulu! Walaupun gagal, ia merupakan satu pengalaman yang berharga.



  1. Mereka Inovatif.

Dalam menghadapi persaingan dan kemajuan masa kini, mereka akan berhadapan dengan masalah-masalah yang perlu diselesaikan. Untuk itu, mereka perlu kreatif dan inovatif untuk mencari penyelesaian. Sesuatu yang baru dan segar akan lebih mudah mendapat tempat di dalam pasaran.



  1. Mereka Percaya Mereka Boleh!

Ciri-ciri usahawan yang sukses, mereka harus mempunyai keyakinan tinggi terhadap kemampuan diri mereka sendiri. Seterusnya barulah mereka mampu membentuk pasukan yang mempunyai jatidiri yang kuat untuk mencapai apa yang dihasratkan.


Adakah anda yakin pada kemampuan diri anda?


Sebagai penutup, bagi yang baru nak bermula sebaiknya mulakan dengan apa yang kita suka buat supaya lebih bersemangat untuk mencapai apa yang diimpikan. Selamat berusaha sehingga menjadi seorang usahawan yang sukses.


About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.