Makan Gaji Atau Bisnes?

makan gaji atau bisnes

Makan gaji atau bisnes? Ramai  yang ada masalah ni. Kononnya ada dalam dilema, nak memilih yang mana satu. Jika anda masih bekerja, mungkin anda juga pernah tertanya atau terlintas dalam hati nak berhenti kerja dan cuba berniaga. Cukup ramai yang berada di persimpangan dilema ni, tapi halangan yang paling utama adalah TAKUT!

TAKUT BERHENTI KERJA DAN BUAT BISNES…

Kenapa agaknya ramai yang takut berhenti kerja untuk berbisnes? Ada kenalan saya yang makan gaji dan meniaga, pernah menyatakan hasrat nak berhenti sejak setahun yang lalu. Namun  disebabkan teramat takut nak menulis surat resign, beliau masih makan gaji sehingga sekarang! Adakah ketakutan ini satu perkara biasa?

Baca juga Duit Gaji Selalu Tak Cukup

PUNCA TAKUT

1. BANYAK FIKIR. Kadang-kadang kita banyak berfikir apa yang akan berlaku apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dan seringkali benda yang kita fikirkan tu terlampau banyak yang kurang relevan dan lebih banyak andaian sebenarnya.

2. BANYAK NASIHAT. Bila kita suarakan hasrat nak berhenti, banyak nasihat yang bakal diterima sama ada positif atau negatif dari saudara dan sahabat. Ada nasihat yang memang boleh membantu tetapi selalunya lebih banyak negatif dari positif. Tambah lagi bila nasihat negatif tu diterima dari mereka yang rapat dengan kita kan…

3. BANYAK KES. Kita juga sering disajikan dengan pelbagai kisah kejayaan dan kejatuhan orang yang berniaga. Tipikal rakyat Malaysia lebih cenderung melihat kegagalan.

CETUSAN EMOSI

Para pakar telah membuat kajian berkenaan emosi dan cara manusia berfikir. Mereka mendapati bahawa rasa takut berhenti kerja ini berpunca dari dua faktor iaitu:

  • Perasaan kehilangan sesuatu yang selama ini sering diperolehi (selesa). Contohnya gaji, bonus dan kemudahan-kemudahan lain.
  • Impian yang masih belum jelas kelihatan. Contohnya menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Jadi jika anda nekad mahu berhenti kerja dan mula bisnes, nasihat saya mulalah dari sekarang. Buat bisnes sampingan dahulu seperti dropship untuk dapatkan pengalaman bisnes. Dapatkan ilmu yang cukup supaya anda benar-benar yakin dan hilang rasa takut.

Anda juga boleh dapatkan edisi PERCUMA ebook 5 Model Bisnes Hasilkan Instant Income di Facebook dengan klik DI SINI.

Laman Rujukan:

  1. ENTREPRENEUR
  2. FORBES
About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.

3 comments
Click here to add a comment