MENIAGA DROPSHIP: BISNES ATAS ANGIN

ADA ORANG KATA MENIAGA DROPSHIP NI BISNES ATAS ANGIN…

Tahun 2015 dan 2016, keadaan ekonomi kian menekan. Dalam keadaan ekonomi yang makin mencengkam ni, ramai yang mencari-cari peluang pendapatan tambahan. Dah penat rasanya berjimat dan ikat perut. Tambah lagi simpanan yang kian menyusut.

Ramai yang ambil peluang dengan meniaga online. Cuba lihat sekeliling anda. Ada tak adik beradik, rakan sepejabat atau kenalan anda yang berniaga? Dan kalau diteliti, kebanyakan mereka menjual produk orang lain. PAling popular adalah dengan buat dropship.

Kenapa ada yang kata bisnes dropship ni, bisnes atas angin. Iyalah terpulanglah apa orang nak cakap. Mungkin sebab kita berbisnes tanpa perlu ada produk sendiri, tak payah simpan stok, tak perlukan premis dan paling best tak perlu packing dan hantar. Bukan atas angin ke tu?

KENAPA DROPSHIP POPULAR?

Simple cakap, ianya mudah dan tanpa kos. Yalah, hanya dengan memohon menjadi agen dropship sahaja dengan mana-mana pembekal (dropshipper) anda dah boleh memulakan perniagaan. Dalam konsep bisnes dropship, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk menyimpan stok.

Lihat gambarajah di bawah ini:

model dropship

Rasanya gambarajah di atas tu dah ceritakan segalanya. Kalau anda masih belum faham, secara ringkasnya begini:

  1. Bayangkan, anda mendaftar dengan dropshipper. Anda pilih satu produk dan promosikan secara online.
  2. Ada pembeli berminat membeli produk dari anda. Anda deal sehingga close sales.
  3. Pembeli membayar kepada anda mengikut harga jualan.
  4. Pesanan dihantar kepada pembekal. Anda simpan margin keuntungan dan bayar mengikut harga kos kepada pembekal.
  5. Pembekal menghantar produk kepada Pembeli.

RAHSIA BISNES DROPSHIP

Anda boleh mulakan bisnes ni secepat mungkin. Tetapi saya sarankan anda ada bekalan ilmu yang asas, bagaimana nak mempromosi dan menjual. Alang-alang nak bermula, biar bermula dengan betul kan?

Baru-baru ini saya ada menyiapkan satu panduan khusus untuk orang baru dalam bisnes online khususnya bisnes dropship iaitu Panduan Bisnes Dropship FB. Panduan ini adalah berbentuk langkah demi langkah bagaimana nak memulakan bisnes dropship di facebook.

Bisnes Dropship FB

Panduan ini mengandungi 6 Modul Utama seperti berikut:

  • Rahsia Bisnes Dropship
  • Pencarian Produk Laku Keras
  • Mencari Trusted Supplier
  • Setup Kedai Online
  • Pemasaran FB Untuk Hasilkan Sales
  • Proses Jualan

Selain dari modul di atas, anda juga bakal mendapat 2 Modul Bonus dan akses ke Group Sokongan Premium FB serta 2 Modul Bonus Tambahan yang akan membantu anda dalam bisnes dropship ni.

  • Teknik Pemasaran Zero Cost FB
  • Teknik Elak Akaun FB Ads Flagged
  • Teknik Ekspres Close Sales
  • Teknik Ekspres Follow Up

Sehingga entry ini ditulis, akses kepada panduan ini masih dibuka kepada semua namun mungkin akan ditutup pada bila-bila masa sahaja. Jadi, dapatkan akses anda sebelum ianya ditutup selamanya.

Anda boleh dapatkan akses penuh kepada panduan ini disini.


About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.

2 comments
Click here to add a comment