Nak Buat Infografik? 5 Tools Percuma Wajib Cuba

Infografik: Alat Penyampai Maklumat

Dalam zaman perkongsian maklumat ini, maklumat berbentuk visual dan grafik kian mendapat tempat. Ini menjadikan Infografik kian menjadi trending dan ramai mula cuba untuk membuatnya sendiri. Ia bukannya tool baru kerana ianya telah digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan, kerjaya dan komunikasi sejak lama dulu.

Secara umumnya Infografik adalah cara visual menyampaikan (transmit) maklumat di mana data-data dipermudahkan dalam bentuk diagram, graf dan carta yang menarik. Ini memudahkan penerimaan maklumat tersebut oleh pembaca selain membaca jurnal dan laporan yang membosankan.

A picture is worth a thousand words

Mengapa Popular?

  • Menyediakan konten dan visual yang menarik apatahlagi apabila dipaparkan di komputer atau telefon pintar. Ianya menarik, dinamik dan mudah dibaca.
  • Penyebaran maklumat semakin mudah. Anda tidak perlu membaca mendalam tentang sesuatu topik kerana melalui infografik, ia memudahkan pemahaman.
  • Rekabentuk adalah bebas dan tidak rigid. Bergantung kepada daya kreativiti pembuatnya.
  • Mudah untuk dikongsikan terutamanya di media sosial. Semua suka berkongsi bukan?

Saya nak rekemenkan 5 Tools Percuma Untuk Membuat Infografik buat para peminat Infografik, atau bagi mereka yang rasa nak mencuba.

1.  CANVA

Antara laman popular yang sediakan kemudahan membuat Infografik secara percuma adalah canva. Ianya popular kerana anda tak perlu ada kemahiran grafik tahap sifu untuk membuatnya. Di Canva ada mengandungi ratusan design element percuma dan anda boleh berekseperimen dengan data dan grafik sepuasnya.

2.  INFOGR.AM

Infogra.am lebih berfokuskan membina Infografik dan diagram secara online. Laman ini menawarkan tiga langkah mudah membina Infografik iaitu memilih template, visualkan data anda dan terbitkan (publish). Template ini terbahagi kepada empat kategori iaitu Media and Blogs, Education, Brands dan Organizations. Anda juga boleh chat dengan pihak infogram jika ada masalah. 

3.  VISUAL.LY

Visually adalah komuniti kreatif yang mengumpulkan lebih 1,000 freelance designer. Selain Infografik, anda boleh cuba membuat ebook, video dan banyak lagi. Laman ini mempunyai pelbagai template dalam niche Komunikasi, Pemasaran, Bisnes, Kesihatan dan Alam Sekitar. Ada banyak portfolio untuk anda jadikan sebagai sumber inspirasi. 

4.  VENNGAGE

Di Vennage, anda boleh memilih rekabentuk dari lima kategori iaitu Infographics, Reports, Posters, Promotions dan Social. Setiap bahagian ada banyak pilihan untuk menzahirkan hasil kreativiti anda.

5.  PIKTOCHART

Satu lagi laman popular untuk mencipta Infografik. Ada banyak template dan pelbagai pilihan tools seperti typography, bentuk (shapes), ikon, gambar dan frame. Ada juga mempunyai blog yang menyediakan maklumat mengenai infografik, rekabentuk dan artikel. 

Semua laman tadi tu mudah digunakan dan sesuai untuk nubis. Ada dua lagi laman dalam listing yang belum sempat saya survey iaitu  EASEL.LY  dan VISUALIZE.ME . Ada banyak lagi sebenarnya, tak sempat saya nak review. Boleh cuba google untuk melihatnya.

Selamat mencuba!

About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.

1 comment
Click here to add a comment