Nak Tahu 7 Produk Hot Di INSTAGRAM?

INSTAGRAM MAKIN HOTT!

Instagram kian popular semenjak dua menjak ini. Dulu, Instagram sekadar untuk lepak lepak santai dan bersosial secara online. Kini. anda dah boleh beriklan, sebagai platform alternatif kepada Fesbuk. Anda juga boleh buat duit dengan instagram jika kena gaya dan produknya.Berdasarkan survey dan pemerhatian saya, sebenarnya ada 7 produk hot yang sedang trending di Instagram.

Baiklah, 7 produk yang saya maksudkan adalah:

1.   Gadget dan Aksesori.

Ya, gadget dan aksesori amat mendapat permintaan di Instagram. Anda boleh menjual produk yang berkaitan dengan smartfon seperti powerbank, cable, headphone dan cover. Malah ada yang mampu menjual smartfon dan laptop di Instagram!

2.  Makanan/Minuman.

Makanan dan minuman jugak boleh jual di Instagram ni. Yang penting, gambarnya menarik dan menyelerakan. Ramai juga yang suka mencari kelainan dalam makanan, makanan yang pelik-pelik pulak tu. Satu lagi cara adalah dengan menarik crowd ke kedai makan anda. Boleh cuba ya.

3.  Produk Kecantikan.

Produk kecantikan memang popular. Anda boleh lihat ratusan produk kecantikan dari pelbagai jenama di iklankan di Instagram sama ada secara berbayar atau percuma. Antara yang popular adalah produk memutihkan kulit, menghilangkan jeragat dan collagen.

4.  Pakaian.

Pakaian juga laku di Instagram. Selain menjual pakaian. anda juga boleh menarik crowd ke kedai pakaian anda. Antara yang popular adalah jubah, tudung, jeans dan baju super hero. Suatu masa dahulu pakaian K POP jualannya meletop di Instagram. Pakaian bundle pun ada sambutan jugak.

5.  Barangan Bayi.

Anda juga boleh menjual barangan bayi di Instagram. Jika anda sasarkan betul kepada ibu bapa yang sedang mencari barangan dan kelengkapan bayi, anda pasti tidak menang tangan. Antara yang popular adalah pakaian bayi, cloth diapers, makanan bayi dan kelengkapan seperti strollers.

6.   Produk Kesihatan.

Ini adalah produk jualan evergreen yang sering mendapat sambutan di Fesbuk dan Instagram. Produk kesihatan juga antara kata carian yang terbanyak di Google. Antara produk yang laku keras adalah produk wanita, produk menguruskan badan, supplement dan ubat kuat lelaki.

7.   Preloved Item.

Barangan preloved atau barang terpakai juga laku di Instagram. Tambahan lagi barangan yang ada nilai estetika dan unik. Kadang-kadang ada yang mencari sesuatu produk itu tapi dengan harga yang lebih murah. Contohnya buku, pakaian, koleksi hobi dan DVD asli.

Walau apapun yang anda jual di Instagram, paling penting adalah audien sasaran anda mesti betul. Anda wajib menjual kepada mereka yang benar-benar laparkan produk anda, baru lah sales anda MELETOP! Inilah pentingnya mempunyai ‘targetted followers’ di Instagram. Nak buat sendiri memang mengambil masa, namun ada servis yang menawarkan ‘menarik’ targetted followers dengan kos antara RM150 hingga ke RM300.

Tetapi, ada caranya untuk anda menaikkan targetted followers anda sendiri dengan mudah dan pantas. Ketahui dengan lebih lanjut di TIM INSTAGRAMANIA.

About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.

2 comments
Click here to add a comment