Pentingnya Mempunyai Website Di Zaman Ini

pentingnya mempunyai website

PENTINGNYA MEMPUNYAI WEBSITE

Ramai usahawan online yang masih lagi tidak mempunyai website perniagaan sendiri. Kebanyakannya memang langsung tiada mempunyai asas membina website.

Ramai yang tidak mempunyai website disebabkan takut dan bimbang untuk mengeluarkan sejumlah kos yang tinggi bagi mengupah golongan professional untuk menghasilkan website perniagaan mereka. Kos membina website pula biasanya bermula sekitar RM 3000 ke atas bergantung kepada jenis website dan penyedia pekhidmatan yang digunakan,


Memang terdapat lambakan individu yang menawarkan perkhidmatan membina website dengan harg yang jauh lebih murah, namun ramai juga yang bombang untuk menggunakan khidmat mereka kerana dikhuatiti tentang bantuan selepas jualan nanti.


Bagi usahawan baru dalam tempoh start up, masih mencari-cari rentak dan juga tidak mempunyai team lagi, membina sendiri website perniagaan mungkin merupakan satu solusi yang baik buat anda. Jangan bimbang, sebenarnya membina website ini tidaklah begitu susah sebenarnya. Dengan bantuan content management system (CMS) seperti wordpress, website anda dapat disiapkan dalam masa yang singkat sahaja. Cuma harus ingat hasil pertama ndak akan jadi serupa seperti yang dibina oleh professional. Tapi untuk permulaan, ianya sudah memadai. Fokuskan pada fungsi dan praktikaliti.


Sebelum mula membina website anda, anda perlu mengetahu website apa yang diperlukan bagi bisnes anda. Adakah web ecommerce, minisite blog atau gabungan semua website tersebut.


Sekiranya anda mempunyai banyak variasi produk dan banyak jenis produk, maka web ecommerce adalah website yang sesuai dengan anda. Manakala jika anda mempunyai satu produk dan mahu fokus kepada penjualan satu produk sahaja, maka minisite merupakan jenis web yang sesuai untuk anda.


Anda boleh lihat video ringkas untuk setup web ecommerce anda sendiri DI SINI


Blog pula boleh menjadi supplement dan punca utama anda membawa trafik ke laman utama web perniagaan anda, Manakala jika anda hnya melakukan urusan penjulan secara offline dan segala urusan jual beli offline, web korporat atau web penerangan mengenai perniagaan anda adalah sesuai untuk anda. Ini memudahkan pelanggan yang berpotensi mengetahu mengenai perniagaan anda dan menghubungi anda melalui carian di internet.


Setelah anda mengenalpasti jenis website yang anda perlukan, barulah anda boleh bbermula membina website anda, Untuk hasil yang lebih baik, saya sarankan anda untuk mengkaji design website yang bakal anda bina dengan melihat contoh-contoh website yang sedia ada di internet. Ini sebagai sumber inpirasi. Jangan terus tiru design website tersebut seratus peratus.Lakarkan design tersebut di atas kertas terlebih dahulu. Ianya akan memudahkan kerja-kerja pembinaan website anda nanti. Tak percaya? cubalah lakar di dalam kepala anda sahaja,


Dah sedia untuk membina website pertama anda? Jom ikuti beberapa langkah mudah dalam membina website pertama anda.


  1. Pilih domain yang sesuai untuk web anda, Kalau mengikut Puan Ainon (ABS) sebaiknya gunakan dua atau tiga sukukata untuk domain anda seperti lazada.

  1. Pilih penyedia hosting dan nomain yang sesuai untuk anda mendaftarakan domain dan hosting anda. Sebaiknya anda cari penyedia hosting yang telah menyediakan SSL percuma.

  1. Install website wordpress

  1. Pilih theme yang sesuai untuk website anda. Install theme yang anda perlukan dan customize theme tersebut

  1. Install lugin dan setup plugin penting untuk website anda seperti plugin sekuriti, google analytic, SEO dan lain-lain

  1. Masukkan content website anda dan publish

  1. Setup web anda bergantung jenis web anda. Pastikan anda memasukkan semua maklumat lengkap seperti maklumat perniagaan, maklumat produk, maklumayt pembayaran dan lain-lain maklumat yang diperlukan oleh pelanggan anda.

  1. Promosikan website anda

Jadi itu sahaja. Saya harap anda dapat membina website pertama anda.


Tapi jika anda tiada masa untuk mengkaji semua setting-seting dan setup untuk website pertama anda, atau memerlukan bantuan sokongan dengan masalah yang bakal anda hadapi sewaktu membina website, anda mungkin berminat untuk menyertai kelas online bina website.  Untuk maklumat lanjut anda boleh baca DI SINI.


Adakah anda rasa artikel asas membina website ini membantu anda? Boleh bantu saya dengan kongsikan artikel asas membina website ini dengan rakan-rakan anda yang lain?


About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.

1 comment
Click here to add a comment