Salam Merdeka Raya Buat Semua…

Merdeka Raya, salamnya kedengaran di sana-sini. Ya, semangat Sukan SEA masih ada ditambah lagi dengan negara kita mencatat sejarah sebagai juara temasya kali ini.

Dan minggu ini juga kita merayakan dua perayaan besar untuk negara kita Malaysia dan untuk umat Islam yakni;

Hari Merdeka kali ke 60 pada 31 Ogos 17

Hari Raya Aidiladha pada 1 Sep 17

Mindset Merdeka Raya

Bagi kebanyakan orang, mereka menyambutnya dengan mindset BERCUTI PANJANG!

Mana tidaknya, cuti merdeka + cuti raya + hujung minggu + cuti sukan SEA hehe.

Seronok kan cuti panjang? Time cuti sekolah dan minggu gaji pulak tu…

Bagi sesetengah orang yang lain pula lain maknanya. Bagi mereka ini, Merdeka dan Korban ini sangat besar maksudnya. Sangat mendalam bagi mereka yang menghayatinya.

MERDEKA

Hari Merdeka disambut meriah sebagai memperingati bagaimana para pejuang membebaskan negara dari belenggu penjajahan. Merdeka adalah suatu pencapaian setelah berjuang sekian lama. Artikel kali ini bukan nak cerita pasal perjuangan menentang penjajah Inggeris dan pendudukan Jepun. Tetapi ianya lebih kepada siri-siri perjuangan menentang diri sendiri. Perjuangan menentang suara kecil dan ego demi untuk upgrade diri.

Bagi orang bisnes, merdeka ni umpamanya bebas kewangan. Situasi di mana kita ada banyak pilihan untuk merencanakan hidup diri dan keluarga.

KORBAN

Selari dengan perjuangan merdeka tadi, kesemuanya menuntut pengorbanan betul tak? Tak kurang ramainya yang menyimpan hasrat untuk merdeka tapi tidak sanggup untuk mengorbankan apa-apa miliknya. Asyik-asyik, takdir tuhan juga yang dipersalahkan…

Natijah Merdeka Raya

Kami di Tim BOSS mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan kepada semua pembaca selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidiladha. Semoga kita mempelajari sesuatu yang bermakna dengan sambutan dwi Merdeka Raya ini. Berkorban untuk diri sendiri dan masyarakat dalam usaha menuju kejayaan dan mencari barakah daripada Allah swt. Sesungguhnya erti kemerdekaan dan pengorbanan itu berbeza bagi setiap insan.

Salam merdeka raya semua!


“… Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan – Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj”

About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.

2 comments
Click here to add a comment