SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BARU

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Selalunya bila sampai detik 1 Januari ni, kita ada dua benda dalam pemikiran. Apakah azam tahun baru dan apakah azam sebelum ni yang dah tercapai? 


Tak payah peningkan kepala, fikir positif dan tetapkan apa yang nak di capai pada tahun hadapan.  Mungkin juga ada azam sebelum ni yang perlu di review dan distrukturkan semula supaya lebih mantap untuk dikejar pada tahun baru ni.  Ada banyak mazhab dan pendekatan yang dikongsikan oleh ‘pakar-pakar’ tentang bagaimana nak setting azam dan sasaran bagi tahun baru ni. Cer google, kan banyak tu…

Di sini saya just nak kongsikan satu cara yang pernah diajarkan oleh guru saya sebelum ni, yang saya ‘terobek’ dari nota-nota lama. Cara ni hanya ada tiga step sahaja. Boleh cuba buat kalau nak.


1.   TETAPKAN SASARAN YANG REALISTIK

Kat sini saja ramai yang dah kantoi. Kebanyakan kita tak tahu sebenarnya apa yang kita nak capai. Cakap memang senang tapi adakah ianya boleh dicapai dengan kemampuan anda? Contohnya, “Azam saya tahun ni nak kurangkan berat badan!”. Macam bestkan, tapi kalau cikgu saya tengok ni memang GAGAL la. Sasaran perlulah lebih spesifik dan boleh diukur. Contoh yang dah direpair, “Azam saya tahun ni nak kurangkan berat badan sebanyak 30kg menjelang Jun 17!” atau “Azam saya tahun ni nak cecah BMI ideal 26.00 pada bulan Jun”. HUHAA!

Nak lebih mantap sasaran tu, masukkan elemen SMART. Sasaran anda haruslah Spesific (Spesifik dan jelas), Measurable (Boleh diukur), Attainable (Boleh dicapai), Relevant (Relevan/sesuai) dan Time-bound (Had Masa). Baru NGAM!

goal setting, setting goals, fitness goals, exercise goals, athletic goals


2.   WUJUDKAN SEBAB (BIG WHY) YANG KUAT UNTUK AZAM ITU.

Nak kuatkan motivasi untuk mencapai azam yang kita sasarkan tu, kenalah ada BIG WHY yang kukuh, kuat dan jitu. Bukan hanya sesuatu yang ‘biasa-biasa’. Jadikan BIG WHY itu sebagai pendorong utama untuk kejar dan PUSH kita untuk capai azam itu ‘by hook or by crook!’.

Contohnya, nak turunkan berat badan untuk tingkatkan penampilan agar lebih hensem agak kurang POWER berbanding hasrat nak turunkan berat badan untuk peningkatan kerjaya yang dah stuck bertahun-tahun!


3.   WUJUDKAN PENYOKONG ANDA!

Sokongan di sini bermaksud anda perlu kongsikan azam yang anda dah set ni dengan seseorang. Biarlah seseorang ini orang yang paling rapat dengan anda. Contohnya ibubapa, isteri atau rakan sepejabat. Biar mereka tahu dan faham apa yang ingin anda capai. Dapatkan sokongan mereka untuk mnaikkan moral anda. Percayalah, dengan adanya sokongan macam ni azam anda lebih mudah dicapai berbanding dengan anda berusaha tunggang terbalik seorang diri. Ramai yang kurang berjaya sebab kurangnya sokongan dari persekitaran. Lebih teruk lagi jika anda berada dalam kelompok yang menentang usaha anda ini.

Contohnya, mungkin isteri anda dapat membantu anda dalam berdiet dengan menyediakan menu-menu makanan sihat, rendah lemak dan kolesterol. Atau mungkin anda bersama-sama dengannya dapat berdiet bersama, sama-sama sihat dan sejahtera :-)

tahun baru 2017

tahun baru 2017

Walau apapun azam anda, beruntunglah kita masih diberi kesempatan untuk menetapkan azam. Memang benar, kita hanya mampu merancang namun kuasa tuhan yang menentukan. Bagi yang dah menetapkan azam, konsisten dan bertabahlah. Teruskan berusaha mencapainya. Nilaikan performance azam anda secara berkala, jangan give up. Dan please, jangan hanya tulis azam di wall fesbuk saje ye!

Sekian, wasallam. Selamat tahun baru 2017​



About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.

4 comments
Click here to add a comment