Tak Tahu Nak Mulakan Bisnes Affiliate? Ikuti Langkah Ini!

affiliate-langkah-praktikal

Assalamualaikum & hai

Saya berjumpa ramai orang yang ingin memulakan Bisnes Affiliate mereka secara online, rata-rata menyatakan bahawa mereka tidak tahu ‘di mana’ sebenarnya untuk bermula.

Ada di antara mereka yang dah mencuba pelbagai teknik & strategi affiliate, tapi masih keliru mana satu teknik yang benar-benar berkesan?

Dan sehingga kini masih belum berjaya menghasilkan jualan produk affiliate walaupun sudah pelbagai cara pemasaran yang dilakukan.

Ini menyebabkan, 90% daripada mereka sudah berputus asa untuk melakukan affiliate walaupun sudah ratusan atau ribuan ringgit dihabiskan untuk mempelajari bisnes affiliate ini.

Ini 2 sebab utama kepada situasi di atas:

Info Overloaded

Ini berlaku disebabkan oleh anda terlalu banyak membaca panduan affiliate itu dan ini, tak kiralah yang percuma atau berbayar, Local mahupun International..

Sehinggakan otak anda sarat dipenuhi dengan pelbagai cara untuk jana wang affiliate. Tetapi akhirnya anda sendiri tidak tahu di mana sebenarnya untuk bermula?

Lack of Knowledge

Ini pula faktor yang sebaliknya. Jika faktor pertama di atas adalah disebabkan oleh Info yang terlalu banyak, ini pula berbeza. Langsung takde info!

Situasi inilah yang seringkali dihadapi oleh kebanyakan orang. Alasannya, malas & nak berjimat! Mereka malas untuk mencari info tambahan melalui carian di internet berkenaan affiliate, manakala ada yang menjadikan alasan semata-mata nak berjimat, jadi mereka tak nak membeli mana-mana panduan tentang affiliate.


Sebenarnya ada banyak lagi faktor lain yang boleh membawa kepada masalah ini, namun jika dikaji semula ia masih kembali kepada dua faktor utama di atas, Info Overloaded dan Lack of Knowledge.

Anda pula bagaimana? Adakah anda seorang yang tergolong dalam kes Info Overloaded atau Lack of Knowledge? Tepuk dada tanya diri anda  Jika anda adalah salah satu daripada golongan di atas, maka artikel ini adalah untuk anda.

Anda sebenarnya tidak perlu risau, kerana ini adalah perkara biasa yang berlaku, sama seperti ketika saya mula-mula terlibat dengan affiliate sekitar penghujung 2009, memang agak blur. Lebih-lebih lagi ketika itu saya masih baru dengan bidang perniagaan internet ini.


Justeru, saya terdetik untuk menghasilkan artikel ini dan berkongsikan pengalaman saya tentang bagaimana sebenarnya langkah terbaik untuk bermula dengan affiliate.

Saya tahu, di luar sana ada pelbagai panduan dan tutorial berkenaan affiliate, namun rata-rata menyediakan terlalu ‘banyak cara’ yang dikatakan efektif sehinggakan orang baru akan menjadi keliru untuk membuat pilihan.

Oleh itu, saya mohon keizinan daripada anda untuk saya kongsikan ‘cara saya’ melakukan pemasaran affiliate sehingga berjaya menjana 4-5 angka komisyen dengan mudah secara konsisten setiap bulan!


Langkah 1: Hasilkan report percuma berkaitan Topik produk affiliate yang anda ingin promosikan.


Anda hanya perlu tulis satu report ringkas di dalam Microsoft Words komputer anda. Report tersebut tidak perlu panjang, cukup sekadar 10 muka surat pun dah ok.

Jika anda tidak ada IDEA untuk menulis report percuma tersebut, anda boleh gunakan bantuan Google untuk mencari artikel yang bersuaian dengan produk affiliate anda & tulis semula info yang anda peroleh daripada artikel-artikel yang anda baca dalam bentuk gaya bahasa anda sendiri.

Ia akan jadi lebih fresh dan unik.

Setelah siap menulis, convert fail words ke format .pdf. Tadaaa, siap! Anda kini dah memiliki report .pdf yang anda boleh berikan secara percuma untuk tujuan mengumpul targeted prospect kelak.


Langkah 2: Bina kempen (campaign) khas di Autoresponder anda

Untuk menyebarkan report anda kepada prospek, anda WAJIB memilik sistem autoresponder. Sistem autoresponder inilah yang akan membantu banyak kerja promosi anda kelak.

Ia memang terbukti berkesan dan memberi pulangan berlipat kali ganda daripada apa yang anda bayangkan.

Di dalam sistem autoresponder tersebut, anda perlu membina satu kempen khas berkenaan dengan report percuma yang anda ingin edarkan.

Contohnya, jika anda ingin mengedarkan report berkenaan ‘Tips Membaca Al-Quran’ kerana anda ingin mempromosikan produk affiliate yang berkaitan dengan Al-Quran, maka anda boleh namakan kempen tersebut sebagai ‘free_quran’, atau apa sahaja yang bersesuaian dengan cita rasa anda. ;)


Langkah 3: Siapkan emel-emel follow up

Setelah anda berjaya membina kempen khas di dalam sistem autoresponder anda, anda kini sudah boleh menghasilkan beberapa siri emel follow up untuk anda masukkan di ruangan ‘Follow Up Emails’ di dalam kempen autoresponder anda.

Emel-emel inilah yang akan membantu anda melakukan follow up secara automatik tanpa perlu anda duduk 24 jam di depan komputer anda untuk menghantar emel!


Langkah 4: Sediakan ‘opt-in form’ untuk capture maklumat prospek anda

Setelah semuanya selesai, anda perlu menyediakan opt-in form untuk anda gunakan bagi mengumpul maklumat prospek anda. Op-in form boleh dihasilkan dengan mudah melalui sistem autoresponder. Hanya klik klik klik, semudah A-B-C :D

Langkah 5: Jana Trafik!

Ini adalah antara part kritikal yang anda kena kenalpasti untuk lakukan dengan betul.

Jika anda gagal membawa Trafik / Pelawat ke website anda, maka anda akan gagal untuk mengumpul prospek dan seterusnya akan gagal untuk hasilkan pendapatan melaluinya.

Trafik adalah NYAWA bagi perniagaan internet anda. 

Bayangkan sahaja, jika anda mempunyai kedai, namun tiada pelawat (trafik) yang datang, bagaimana produk anda boleh terjual?

Begitu juga di internet, walau sehebat mana webjualan / website anda, namun jika tiada pelawat (trafik), maka sudah tentu tiada sebarang jualan bakal berlaku.

Secara keseluruhannya, jika anda berjaya menguasai kelima-lima Langkah Untuk Bermula di atas, saya yakin dan pasti anda akan berjaya menjana pendapatan melalui internet, khususnya dalam bidang pemasaran affiliate.


AffiliateMethod: Strategi Praktikal Buat Duit Dengan Bisnes Affiliate

Untuk membantu anda memahami bagaimana untuk anda menjana pendapatan yang konsisten melalui Affiliate, saya telah rekodkan beberapa video sebagai rujukan anda.

Bagaimana AffiliateMethod boleh membantu anda buat duit melalui internet?

  • Affiliate Method adalah pakej video tutorial yang menerangkan modul-modul Bengkel Affiliate yang telah saya anjurkan sebelum ini.
  • Ia mengandungi 4 modul utama yang akan menerangkan secara lanjut untuk anda, teknik-teknik yang telah terbukti berkesan untuk menghasilkan jualan melalui produk-produk affiliate yang anda bakal promosikan.
  • Dengan kesemua modul padat ini, saya berani jamin ia akan membantu anda dari segi persiapan awal sehingga akhir bagaimana untuk terus konsisten menjana pendapatan melalui bisnes Affiliate di internet.

AffiliateMethod ini adalah sebagai panduan dan bukti sebenar tentang bagaimana anda juga boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 – RM10,000 anda yang pertama dengan menjual produk orang lain dan jana pendapatan tambahan melaluinya.

Ini antara mereka yang dah berjaya buat duit lumayan selepas belajar strategi Affiliate Method:

Jika anda berminat untuk mendapatkan “Video Tutorial Affiliate Method” dan mula jana pendapatan 4-5 angka setiap bulan, anda boleh dapatkannya dengan klik butang ADD TO CART di bawah:

Add-To-Cart-Button-PNG-HD

Tempah sekarang, dan mula generate komisyen affiliate anda.


About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.