TIPS MUDAH URUS KEWANGAN UNTUK DROPSHIP

urus duit

Disclaimer: Firstly nak bagitau yang saya ni bukannya akauntan bertauliah ye. Cuma dulu pernah la belajar accounting (kawan-kawan abam tau lah kesahnya tu) plus pengalaman beberapa tahun handle akaun pertubuhan dan berbisnes dropship.


Apa yang saya nak kongsikan ni bukanlah nak tunjuk terer tapi cuma untuk ingatan sendiri dan abang adik kakak di luar sana yang baru nak mula hidup meniaga.


Ok, terus kepada tips kita. APA YANG PERLU BUAT?


1 – Asingkan Duit.

Duit bisnes dengan duit sendiri kena la asingkan. Jangan terlalu konfiden sangat yang kita boleh urus duit dengan mudah. Kelabu mata jugak beb.. Kalau tak asingkan memang agak parah nanti terutamanya bagi mereka yang modal kecik nak pusing modal. Mesti ada yang short nanti..


2 – Gunakan Teknologi.

Teknologi sekarang dihujung jari, banyak sangat yang FREE. Gunakanlah sebaiknya. Banyak software dan apps yang bantu mudahkan kerja bookeeping dan menguruskan akaun, tak perlulah kira transaksi secara manual terutamanya jika ianya banyak. Paling teruk pun, gunakan Microsoft Excel.


3 – Gunakan Apa Yang Ada.

Nak mulakan merekod, gunakan dulu apa yang ada. Kalau tak ada smatphone, rekodlah manual dulu dalam buku khas. Tak semestinya kena beli buku akaun dan lejar yang besar gedabak sebab nak mula.


4 – Catit dan Rekod.

Pastikan anda catit dan rekod semua transaksi penting seperti belian, jualan, duit masuk, duit keluar, stok dan sebagainya. Simpan semua rekod-rekod penting seperti bil, invois dan resit. Banyak gunanya nanti.


5 – Jangan Bertangguh

Terus buat ya, jangan bertangguh-tangguh. Makin kita bertangguh, transaksi makin banyak. Mungkin akan ada yang tertinggal atau kita terlupa. Mungkin juga tak terbuat atau terpaksa upah pihak ketiga untuk buat.


Harapnya lepas saya share ilmu ni, sahabat semua dapat mendapat manfaat dan sedikit pencerahan tentang pentingnya mengurus kewangan walaupun kita hanya seorang agen dropship. Yang belum buat, boleh mula selow-selow dari sekarang ye..


Mohon jasabaik untuk SHARE ilmu bermanfaat ni kepada rakan bisnes yang lain agar mereka juga dapat manfaatnya.

About the author

Dinor Sabudin

Dinor Sabudin merupakan seorang usahawan makan gaji. Berasal dari Taiping Perak. Kerja Gomen di KL. -- Meminati bahan bacaan, internet dan sukan basikal. -- Seorang penulis, pengamal copywriting dan pengiklan FB Ads. -- Realitinya: Seorang anak, suami dan bapa.