Cara Buat Link Whatsapp Paling Mudah Untuk Tahun 2022

Cara buat link Whatsapp ni tak adalah sesusah mana, namun agak ‘payah’ juga bagi sesetengah usahawan yang baru ataupun kurang mesra dengan benda-benda teknikal. Semasa saya mengajar kelas online sepanjang PKP dan tour program fizikal baru-baru ni, rupanya ramai masih tak tahu nak buat link whatsapp untuk promosikan bisnes mereka.

Cara Buat Link Whatsapp Untuk Bisnes (Update 2021)

 

Sebenarnya saya dah tulis tentang cara buat link whatsapp ni tahun 2017 dulu, boleh baca di sini https://dinorsabudin.com/buat-link-whatsapp-senang-je/

Mungkin anda dah pernah baca, ada yang kata macam rumit dan tak berapa nak faham cara buatnya. Malah ada yang copy 100% sampai nombor telefon saya pun lupa nak tukar! Kisah benar ya.

 

Sohih Ke Cara Ni?

Ya, cara yang saya tunjuk sebelum ni dan cara ini juga sah kerana ianya berpandukan rujukan sumber rasmi dari pihak Whatsapp sendiri. Boleh rujuk bacaan penuh di sumber ini.

Click To Chat

Cara Buat Link Whatsapp ni sebenarnya dikenali sebagai WhatsApp’s click to chat iaitu satu ciri yang membenarkan kita memulakan chat dengan seseorang yang lain tanpa kita save nombor telefon mereka ke dalam telefon terlebih dahulu. Syaratnya mereka perlu mempunyai device yang telah dipasang dengan akaun Whatsaap yang aktif. Hanya dengan klik pada link yang disediakan nanti, anda dan mereka akan terus boleh berhubung menggunakan chat.

 

Pre-Filled Text @ Message

Untuk tujuan bisnes, penggunaan pre-filled text ni sangat membantu. Apabila prospek tekan pada link, pre-filled text ni akan terus tertera seakan-akan mereka yang memulakan chat terlebih dulu. Kita sambut saja!

Bergantung pada kreativiti anda, boleh guna text ini untuk masukkan keyword, elemen NLP atau untuk filter prospek. Saya suka gunakan keyword sebagai salah-satu kaedah tracking untuk memudahkan saya tahu dari mana prospek saya datang memandangkan saya melakukan promosi di beberapa platform.

 

Contoh ayat pre-filled text:

“Saya berminat nak order serum”
“Saya nak buat tempahan pulut kuning”
“Saya nak rawat sakit lutut, boleh bantu?”

 

Cara Buat Link Whatsapp

Sebelum ini, saya dah tunjukkan cara buat link Whatsapp secara manual dimana anda kena taip link tersebut satu-persatu (rujuk link post di atas). Kali ini saya tunjukkan cara yang lebih mudah menggunakan Whatsapp Link Generator yang disediakan di website Postcron.

Boleh rujuk tutorial langkah demi langkah di bawah ya. Gambar juga disediakan untuk membantu anda. Semudah 5 step sahaja.

 

Tutorial

(1)   Buka aplikasi Whatsapp Link Generator di website https://postcron.com/en/blog/landings/whatsapp-link-generator/ atau klik sini.

 

(2)   Masukkan nombor telefon anda (nombor Whatsapp + kod negara) dan juga pre-filled text di ruangan yang disediakan. Rujuk gambar di bawah.

 

(3)   Klik button ‘Get Link‘ untuk menjana link. Link anda akan dipaparkan di ruangan sebelah bawah. Rujuk gambar di bawah.

 

(4)   Apabila link telah dijana, sila salin link tersebut dengan klik pada button ‘Copy Link‘ berwarna hijau dan sebarkan. Rujuk gambar di bawah.

 

(5)   Link yang dipaparkan adalah Official API dari pihak Whatsapp sendiri dan agak panjang. Anda boleh pendekkan link tersebut menggunakan aplikasi link shortener contohnya https://bit.ly

[su_note]https://api.whatsapp.com/send?phone=60193887866&text=Saya%20nak%20offer%20YES%202021[/su_note]

 

Praktikal

Bagaimana? Dapat gambaran cara nak buat? Mudah sahaja kan…

Sekarang masa untuk praktikal ya. Boleh terus cuba menggunakan aplikasi Postcron di bawah. Semoga tutorial ringkas ini membantu bisnes anda.

 

Powered by Postcron

Sebarkan Ilmu dan Manfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge