Cara Latih Otak Membuat Keputusan Lebih Baik

Hidup kita ni takkan pernah putus dari memilih dan membuat keputusan. Tambahan lagi untuk bangsa usahawan, memang bersusun keputusan nak dibuat. Betul kan?

Tak dinafikan bagi seseorang usahawan, keputusan yang perlu dibuat kadangkala memang agak penting dan amat kritikal.

Baca juga 7 Ciri Usahawan Sukses di sini.

 

Pilihan dan Membuat Keputusan

 

Dalam perjalanan bisnes sememangnya ada pelbagai pilihan yang perlu diputuskan. Setiap pilihan itu juga datang bersama kesan dan akibatnya.

 

Antara persoalannya?

 

  • Nak pilih pekerja?
  • Nak jual produk apa?
  • Nak promosi di mana?
  • Berapa diskaun nak bagi?
  • Nak guna sistem agen ke sistem runcit?
  • Patut bukak cawangan atau tidak?

 

Dan pelbagai lagi pilihan yang perlu diperhalusi dan diputuskan.

 

Pengaruh Dalam Membuat Keputusan

 

Apa lagi yang mempengaruhi seseorang itu dalam membuat keputusan kalau tidak EMOSI?

 

Emosi ni kuat pengaruhnya. Dalam masyarakat kita dan dalam Islam juga ada dianjurkan supaya tidak membuat keputusan dalam keadaan marah!

 

Selain dari marah, apa lagi?

 

Dendam, cemburu, sedih dan yang lain sewaktu dengannya.

 

Dan juga jangan membuat keputusan semasa lapar 😂

 

Malahan dalam kamus inggeris juga wujud perkataan ‘HANGRY’ iaitu suatu keadaan lapar (hungry) + marah (angry). Rujuk Merriam-Webster

 

[su_quote cite=”Orang Kata”]Pepatah lama juga ada berpesan, jangan shopping dalam keadaan lapar. Nanti tah apa-apa dibelinya[/su_quote]

 

 

5 Cara Latih Otak Membuat Keputusan

 

Baik, kita kembali kepada perkongsian tips kali ini. Saya nak kongsikan 5 cara untuk melatih otak membuat apa-apa keputusan dengan lebih baik.

 

1 – Kena Laju

Ya, kena laju menilai segala pilihan yang ada, jangan ambil masa terlalu lama kerana masa amat berharga. Jangan tunggu terlalu lama menilai, kerana makin lama akan semakin banyak pilihan muncul, lagi peninglah nak memilih.

 

Keputusan yang baik adalah pemilihan yang betul pada masa yang betul.

 

2 – Fikirkan WCS

Ya, kena selalu fikirkan ‘Worst Case Scenarios’ iaitu apa keadaan yang paling buruk akan terjadi hasil daripada keputusan yang dibuat.

 

Bila kita boleh bayangkan keadaan tersebut, kita mungkin boleh minimakan risiko atau fikirkan langkah nak mengatasinya InsyaAllah.

 

3 – Selalulah Membaca dan Menganalisis

Ya, otak tu kena selalu berjalan. Cara terbaik adalah dengan membaca dan menambah ilmu. Bila otak aktif, makin pantas dan ligat ia berfikir.

 

Satu lagi latihan terbaik adalah dengan menganalisis, dimana kita dapat merungkai dan mengkaji lebih dalam sesuatu perkara. Bila dah selalu buat analisis, kita akan terbiasa melakukannya dalam membuat sebarang keputusan.

 

4 – Jadilah Pendengar Yang Baik

Ya, latihkan diri mendengar dengan baik. Barulah kita akan menilai sesatu pilihan itu dari pelbagai sudut, bukannya berat sebelah dengan andaian sendiri.

 

5 – Mungkin Kena Tulis atau Lukis

 

Ya, ada orang yang perlu tulis atau lukis apa permasalahan, pilihan atau WCS yang ada untuk nampak lebih jelas gambaran keseluruhannya (the big picture).

 

Macam kita nak brainstorm idea juga, tulis dan lukiskan kesemuanya.

 

Kesimpulan

 

Sekian 5 tips untuk membantu anda bertindak lebih baik untuk kehidupan dan perniagaan anda. Otak kita memang perlu dilatih supaya mudah membuat keputusan yang lebih berisiko dan lebih impulsif.

 

Berdasarkan pengalaman saya, lebih mudah dan tepat sesuatu keputusan yang kita buat jika berlandaskan data. Setuju?

 

Bila adanya data, lebih mudah nak analisis dan menilai pilihan mana yang lebih baik, bukannya atas dasar nafsu dan emosi semata-mata.

 

Dalam bisnes, decision making yang betul akan meletakkan kita dihadapan dan keputusan yang salah akan melambatkan proses menuju kejayaan. Semoga bermanfaat.

Sebarkan Ilmu dan Manfaat!

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge