Masalah Akaun Facebook Ads Restricted, Disabled atau Identity Confirmation Failed ni merupakan benda normal kepada mereka yang buat marketing berbayar menggunakan Facebook Ads secara intensif. Tambah lagi kalau mereka yang buat marketing ‘produk merah’.
Sebelum ni saya pernah berkongsi mengenai masalah akaun restricted ni di artikel Cabaran Website Ecommerce
Cara Nak Selesaikan Facebook Ads Restricted
Kali ni saya kongsikan cara terbaru saya atasi masalah akaun bermasalah ni, terutamanya untuk kempen tahun 2022. Secara umumnya ada 3 cara yang biasa saya buat iaitu:
- Buat rayuan (appeal) kepada Facebook Support.
- Buat akaun ads tambahan (ternak akaun – farming).
- Beli akaun Facebook atau Business Manager.
Cara mana satu paling bagus?
Bagi saya, rayuan tu WAJIB. Dan tahun 2021, saya banyak menternak akaun.
Cuma masalahnya kena disiplin dan makan masa agak lama.
Untuk game 2022, saya banyak beli akaun.
Kenapa Nak Beli Akaun?
Jawapannya adalah MASA.
Bila kita buat rayuan, bukannya Facebook bagi balik akaun tu dengan pantas. Kena tunggu dan tunggu, silap-silap tak dapat balik terutamanya kalau melanggar polisi iklan atau Identity Confirmation Failed.
Masa adalah berharga, bagi usahawan masa adalah wang. Tidak perlu bazirkan masa dan tenaga nak menternak akaun ads. Bila marketing tak berjalan, maka tak adalah sales kan? Boleh beli sahaja dari pembekal dan boleh terus beriklan.
Di Mana Nak Cari Akaun?
Antara pembekal akaun yang saya rekemen adalah Saifunnas dan Tuan Amirul. Setakat yang saya gunakan masih selamat, mungkin kerana setiap akaun menggunakan konsep ‘cookies’. Untuk Saifunnas, ada tiga servis yang disediakan:
2 – Business Manager Sahaja
Ini khas untuk anda yang perlukan Business Manager (BM) sahaja. Tonton penjelasan dibawah berkenaan perbezaan BM $50 dan BM $250 yang ditawarkan:
[su_youtube url=”https://youtu.be/fWm62OFwwoQ”]
Business Manager $50
BM $50 adalah merujuk kepada BM biasa yang anda buat apabila membuka akaun baru. Limit Spending (threshold) akan naik selepas beberapa tempoh dan kebiasaanya akan dikenakan ‘daily spend capped RM40’. Lihat BM $50
Business Manager $250
BM $250 pula adalah merujuk kepada BM yang limit spending RM1,000 dimana limit spend harian akan meningkat dengan laju. Biasanya selepas billing pertama, anda boleh terus buka 3-5 akaun ads. Lihat BM $250.
3 – Servis Fix ID
Kebanyakan akaun menjadi restricted disebabkan oleh identity failed. Pihak Saifunnas ada menyediakan servis untuk mendapatkan semula profile anda. Lihat video ni:
[su_youtube url=”https://youtu.be/SZ-qgwXXmC0″]
Boleh cuba servis ini di sini.
Ternak Akaun
Walaupun dah beli akaun Facebook, anda masih boleh ternak akaun ads tambahan sebagai backup supaya aktiviti marketing nanti tidak terhenti lama. Boleh gunakan teknik ninja ni untuk ternak akaun dengan pantas dan selamat.
Kesimpulan
Terpulang kepada situasi anda dan mungkin bajet yang ada untuk memilih kaedah yang sesuai. Ini hanyalah cara alternatif, namun jika anda mampu buat iklan secara tertib mengikut polisi dan kehendak Facebook adalah lebih baik.