Dalam zaman serba maju ni, persaingan di kalangan usahawan juga bertambah sengit. Bukan lagi macam dulu-dulu.. Anda boleh lihat sendiri dalam family, dekat pejabat pun berapa ramai dah mula berniaga?
Nak menang dalam persaingan bukannya semudah cakap. Ia memerlukan usaha, masa dan mungkin juga kos. Anda perlu berada dihadapan pesaing anda. Ini merupakan nilai tambah kepada ciri-ciri usahawan sukses.
[su_quote cite=”Proverb”]Kalau mereka melangkah satu langkah, anda gerak 2-3 langkah![/su_quote]
Norma Baru
Dalam norma baru ni, berniaga dah jadi semacam kebiasaan. Boleh dikatakan setiap golongan tak kira tahap pendapatan mereka pun turut berniaga. Sama ada untuk menambah wang poket untuk berbelanja, menambah simpanan atau demi kelangsungan hidup. Ini juga berikutan pembukaan semula operasi 11 aktiviti ekonomi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Ogos 2021, bagi menyeimbangkan aspek ekonomi dan kesihatan awam (BeritaHarian.com.my).
Kalau anda tak turut bersaing, hanya ikut belakang dan redha… InsyaAllah tak lama lepas tu pelanggan anda pun mula melarikan diri dan berurusan pula dengan pesaing anda.
Strategi Memenangi Persaingan
Ibarat berperang, mesti ada strategi dan kena susun langkah. Mungkin dari segi kuderat kita kurang mampu, tapi dengan adanya strategi mungkin kita mampu ada kelebihan.
Berikut adalah 5 strategi yang anda boleh cuba untuk memenangi persaingan.
1 . Strategi Branding
Branding bukan sekadar pada nama dan logo, cuba lihat lebih jauh dalam pelbagai aspek. Kalau nak bermain branding dengan jenama yang besar-besar, memang kalah kalau bajet tak seberapa.
Strategi branding yang dimaksudkan adalah untuk menawan segmen pasaran yang lebih kecil dan focus di mana anda cuba menjadi Top of the Mind mereka. Antara yang anda boleh tumpukan:
- Target audiens dan angle
- Logo
- Tagline
- Tema dan warna.
- Killer product & USP
- Personal branding
2 . Strategi Produk
Setelah menentukan audiens dan segmen pasaran, tentukan tahap kualiti dan nilai (value) tertinggi disampaikan kepada mereka. Dengan cara ini penyampaian produk atau servis dapat diberikan secara optima dan masalah mereka dapat diselesaikan secara pantas dan efisyen.
Hasilnya anda akan dapat pelanggan yang berkualiti untuk mengumpul testimoni malah mungkin menjadi referral anda pula. Seorang pelanggan yang berpuashati berpotensi menarik lebih ramai pelanggan.
3 . Strategi Konten/Media
Anda cuba lebih banyak memperhati dan mendengar untuk mengetahui apa yang audiens mahukan. Bila anda mampu susun dan berikan konten-konten yang baik dan bernilai, audiens akan lebih menghargai dan nampai nilainya.
Konten bukan sekadar dalam bentuk penulisan, anda boleh pelbagaikan dalam bentuk grafik, infografik, video dan sebagainya. Cuba tampil unik. Anda mungkin lebih menonjol dari pesaing malahan mungkin dilihat sebagai pakar. Inilah kuasa konten.
4 . Strategi Pemasaran dan Pengedaran
Bagaimana pula dengan pemasaran dan pengedaran anda? Selalunya ramai usahawan akan stuck semasa melaksanakan strategi ni kerana terikut dengan pesaing mereka.
Pemasaran
Tak perlu pasarkan kepada semua orang! Tentukan dua perkara ini dahulu. Dimana kekuatan platform pemasaran anda dan dimanakan audiens anda berada. Fokus pada dua faktor tersebut.
Pengedaran
Sistem apa yang anda gunakan sama ada sistem agen (dalam sistem agen sahaja sudah ada pelbagai cabang dan pecahan), sistem team sales, sistem website ecommerce dan sebagainya.
5 . Strategi Servicing
Antara yang ramai usahawan terlepas pandang adalah strategi servicing terutamanya khidmat semasa dan selepas jualan. Ada pelanggan yang sanggup membayar mahal kerana servis yang bagus dan mesra.
Ini memerlukan sedikit ilmu dan kesabaran. Kadang-kadang pelanggan bukan nak sangat dilayan seperti VIP, cuma mereka mahukan kefahaman dan penjelasan selayaknya. Baru timbul percaya.
Kesimpulan
Tak perlu buat semua pun, kalau boleh ianya bonus paling bernilai!
Fokus dahulu pada strategi yang anda yakin dan mampu buat segera. Mungkin jika anda lebihkan fokus pada satu atau dua strategi sudah memadai untuk lebih menonjol berbanding pesaing.
Sebenarnya ada banyak lagi strategi dan ilmu yang akan dikongsikan dalam webinar Masterclass Online Marketing nanti. Sesi ni yurannya serendah RM10 sahaja yang InsyaAllah kami buat setiap bulan. Boleh semak maklumat lanjut disini Kelas RM10.
Semoga bermanfaat untuk bisnes anda.