5 TIPS ATASI KETAKUTAN MEMULAKAN BISNES

Adakah anda alami Ketakutan Memulakan Bisnes? Ada orang kata, itu benda normal. Yang dah capai taraf jutawan sekarang pun pernah rasa takut.

Pertamanya kena faham yang takut itu biasa. Cuma kena berpada-pada, bukannya takut tak kena tempat.

 

Ketakutan

Ketakutan tu datang bersebab. Memang wajar berasa takut kalau kita baru nak bermula, mungkin rasa belum cukup ilmu atau pengalaman. Namun jika dah berniaga puluhan tahun dan masih takut, kena semak semula. Rasa ‘ghisau’ tu biasalah..

Dengan keadaan sekarang ni, kita semua dihimpit dengan masalah ekonomi. Kadang-kadang ada kerja dan bergaji pun masih lagi tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga. Duduk di bandar tapi digelar ‘miskin bandar’.

Macam-macam cara dan jalan yang kita fikir untuk keluar dari masalah kewangan. Apa yang kita nampak sekarang jalan lain untuk cari kewangan lebih adalah daripada berbisnes. Tapi, kita takut untuk mulakan bisnes tersebut.

Takut kalau-kalau rugi nanti macamana?
Takut nanti jiran kata apa?
Orang kampung pandang macamana pulak?
Kat opis nanti kena kutuk pulak..

Dan macam-macam lagi ‘kalau’.. Tapi kalau kita takut untuk mulakan bisnes, sampai bila kita nak berada di tahap yang sama?

 

5 Tips Atasi Ketakutan Memulakan Bisnes

 

Baiklah, saya tulis sedikit perkongsian tips, mungkin anda dah pernah dengar atau baca. Tapi ia memang sangat membantu.

 

Tips 1 – Ilmu dan Guru

 

Asasnya memang kena ada ilmu dan paling baik kalau anda berguru. Ada yang hanya pentingkan ilmu dan belajar sendiri. Memang boleh cuma tetap akan rasa takut.

Bila kita berguru dengan guru yang betul InsyaAllah akan lebih konfiden. Kalau tidak, memang kita akan langgar dinding sorang-sorang. Dengan adanya guru atau mentor juga boleh menjimatkan masa anda untuk belajar daripadanya dan juga ambil pengalaman daripada kegagalan orang lain.

[su_quote cite=”Orang Kata”]Biar kita jadi bodoh sekarang daripada jadi bodoh selamanya[/su_quote]

 

Tips 2 – Mula Dengan Risiko Rendah

 

Tak salah bermula dengan apa yang ada, amalkan konsep usahawan minimalist. Mulakanlah dulu bisnes dengan kos paling minima. Zaman sekarang ni, boleh mula dulu dengan berniaga secara online. Jual produk orang lain dulu. Tak perlu nak buka kedai, beli stok, gajikan orang dan sebagainya. Lebih mudah berniaga secara online, secara kecil-kecilan dan juga berniaga dari rumah sahaja buat permulaan.

Ramai sahaja usahawan yang menjana keuntungan besar dengan model bisnes yang sama.

 

Tips 3 – Tulis dan Lukis

 

Bila anda rancang dan fikir semuanya dalam kepala sahaja, memang akan ketakutan kerana tak nampak secara keseluruhannya. Banyak mana sangat lah kita boleh rancang pun dengan sekadar mengagak dan mencongak.

Tuliskan diatas kertas atau dalam komputer. Lukis jika perlu, kalau dengan cara itu boleh bina keyakinan anda. Bila dah tertulis, barulah nampak perjalanan dan boleh minta pendapat orang lain pula.

 

Tips 4 – Sentiasa Pertingkatkan Diri

 

Sentiasa berikan ruang dan peluang untuk pertingkatkan diri!
Cari masa untuk hadir seminar, kelas atau bengkel yang berkaitan dengan diri dan bisnes anda. Ini dapat membuka minda, belajar benda baru dan dapat mengekalkan momentum yang positif. Mungkin anda juga akan jumpa networking yang bagus atau circle yang sama haluan dengan anda.

Anda juga boleh baca dan tonton kisah inspirasi mereka yang dah berjaya untuk membina kekuatan, keberanian dan semangat dalam berniaga.

 

Tips 5 – Kekalkan Motivasi

 

Bila anda nak mulakan atau baru mulakan bisnes, time rasa down ingat balik apa big why anda. Anda buat semua ni untuk siapa? Untuk keluarga ? Untuk anak-anak atau apa sahaja. Bila anda ingat semula big why ini, dari situlah semangat anda akan datang semula untuk membuatkan anda lebih fokus dalam berbisnes.

 

Kesimpulan

 

Seperti kalimat diawal tadi, takut biar berpada-pada. Kurangkan berfikir benda yang tak perlu untuk kurangkan ketakutan itu. Semoga perkongsian 5 tips ini bermanfaat untuk anda.

 

 

Photo by Benjamin Davies on Unsplash

Sebarkan Ilmu dan Manfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge